Tuesday, January 14, 2014

Perginya Tak Kembali

Assalam Alaik

Bismillah..

Pagi ini sangat terkejut dan sedih menerima perkhabaran kematian suami rakan sepejabat,, rasanya mungkin usianya lebih muda dari saya... anak masih kecil....Innalillahi wainnailaihirojiun... Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin..

Kepada rakan saya itu hanya ungkapan sabar atas dugaan yang menimpa serta redha akan pemergian arwah kembali ke pangkuan PenciptaNya... Orang yang sabar dan redha adalah mereka yang telah meletakan keyakinan bahawa setiap dugaan atau musibah yang berlaku kepada diri mahupun keluarga atau disekeliling kita datangnya dari Allah swt. Bukan mudah untuk mengharungi hari mendatang dalam mendidik hati kita menerima dugaan atau musibah berkenaan dengan kesabaran... berkata mudah tapi tak ramai boleh menghayatinya..malah silap2 ada yang menyalahkan takdir dan ketentuanNya sama ada secara sedar atau tidak disengajakan atau sebaliknya.. usah diikutkan sangat nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha memesongkan kita..


Syeikh Ishak Ibrahim Al A'zab berkata, 
'Jika di hati ini sudah terpatri 4 perkara iaitu melihat segala sesuatu adalah milik Allah, melihat segala sesuatu sebagai bentuk kerajaan Allah, hanya kepada Allah segala sesuatu bersandar serta kepada Allah jua tempat kembali segala makhlukNya, nescaya orang yang memiliki hati seperti ini akan aman dari godaan nafsunya..'

Yang pasti bagi diri saya sesuatu musibah atau dugaan dariNya terhadap diri ini merupakan kasih sayangNya agar saya sentiasa mengingati dan kembali padaNya walau hakikatnya mengharungi hari demi hari untuk menyerap sabar tabah dan redha itu kerana Allah swt bukanlah suatu yang mudah.. banyak pengirbanan kesedihan.. putus asa.. dan berbagai lagi perlu diatasi.....Namun yakin bahawa Dia Maha Mengetahui dan berpegang bahawa Dia tidak akan menimpakan suatu kesusahan pada hambaNya suatu diluar keupayaan hambaNya..
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment