Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Monday 18 June 2012

GULAI IKAN SEMBILANG SALAI ASAM GULUGOR PUCUK UBI....

Salam semua.....eeee..panjangnya nama lauk....hehehehe....biarkan la ianya panjang asalkan maknanya jelas.....aku masak gulai ni petang semalam selepas pulang dari Hi -Tea...kesemua gulai ni aku bawak ke rumah mertua....untuk dinner.....bulan ni macam banyak menu yang berkaitan dengan salai....abis nak buat macam mana sebab banyak stok dari jenis salai ni kat rumah...baru beli kat Pedas sabtu hari tu....lepas ni muncul plak daging salai....:)..ok la....mari kita tinjau resepi yang amat mudah ni.....

Bahan-bahan;

5 ekor ikan sembilang salai saiz sederhana
25 biji cili padi
1 inci kunyit kunyit
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
I gengam pucuk ubi
8 helai daun asam gelugor.
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;

Bersihkan sedikit ikan salai dan toskan. Jangan terlalu kuat, takut ikan hancur. Kisar halus cili padi dengan kunyit hidup. Masukkan ikan dalam kuali or periuk. (aku lagi suka masak dalam kuali). Hiris rampai daun asam gelugor. Kecutkan ikan salai bersama bersama cili kisar serta daun asam geluor yang telah dihiris rampai tadi. Biarkan hingga mendidih dan kuah agak kering. Kemudian masukkan santan cair. Apabila mendidih masukkan sayur pucuk ubi dan kacau sekali sekali hingga pucuk ubi empuk. Kemudian baru la masukkan santan pekat dan biarkan ia masak sepenuhnya. Kacau perlahan lahan sekali sekali supaya santan tidak pecah minyak dan ikan tidak hancur. rasa garam secukupnya.

Ini la dia daun asam gelugor....mungkin ada generasi sekarang ni yang tak kenal daun ni. Buahnya dibuat asam keping yanjg dikeringkan.Jika masak gulai dengan daun ini, tak perlu lagi guna asam keping kerana daunnya sudah masam.  Daun asam gelugor ni amat sedap di masak untuk gulai lemak cilipadi telur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...