Tuesday 15 June 2010

KERANA JANJI ...........



Release....................

Releks n cool eh dengar lagu nie


Menjadi peransang dlm hidup bila dengar lagu nie...ape pun yg terjadi dlm kehidupan ..ianya mesti diteruskan ...fahami bait2 kata lagu nie...selamat berhibur!

Tuesday 3 November 2009

cerita kelab kebudayaan

Pejam celik pejam celik tak sangka pulak aku dah handle kelab kebudayaan skptm hampir setahun. asalnya memang aku yang aktifkan kelab ini sejak aku menjejakkan kaki di skptm sekitar 9 tahun dulu. Lamakan.... tapi sekejap ok...sekejap tak ok. Maklumlah ikut kepala kerja kitakan. Jenis yang minat dan sanggup hulurkan wang ringgit nak buat kostum dan aksesori, bagi aku tak de masalah ler..semua benda boleh diuruskan untuk kelab tu.

Paling memuncak tahun 2003-2004, ketika tu aku uruskan kelab kebudayaan dengan beberapa cabang utama seperti tarian, boria, nyanyian solo, nasyid, kompang dan perkusi. Waa zaman tengah rajin...ade je undangan or show sure aku angkut bebudak tu. Nak jadikan cerita ade teguran seorang guru tu dalam mesyuarat tentang tarian... aku masa tu tengah darah muda gak..hehehe. terus merajuk dan wat tak tau je dengan aktiviti kebudayaan ni terutamanya tarian.

Maka aku fokuskan pada nasyid, boria dan kompang. Selepas aku ditugaskan mengajar tahun enam secara penuh barulah aku kurangkan aktiviti tu. Seingat aku 2006 lah. Kelab kebudayaan macam ade tak ade je ..yelah busy. Semua nak uruskan.

Akhirnya 2007, kakak2 aku kat skptm nie sama2 ganding bahu untuk teruskan aktiviti kebudayaan melalui kelab budaya semula. Kira macam pembugaran kelab lah. Mereka rajin dan akhirnya 2008 mereka memasuki pertandingan tarian semula peringkat negeri...dapat 3rd place. baguslah tu.. setelah lama skptm menyepi dari festival tarikan...tapi masa tu aku busy ngan ajar tarian katr usm, sekolah sukan mutiara impian, prasekolah dan macam-macam lagi.

Memori yang aku tak boleh lupakan... saat kakak2 yang kamceng ni ngajo tarian maharaja..hahaha sama ada betul nak ajar inang maharaja tu or mereka suka kat kak melah. no comment lah pulak. hehehe

akhirnya aku join ngan mereka secara penuh ... tapi bantu2 je lah sebab mrka boleh kareograf sendiri. aku cuma tukang make-up jer ngan jadi pakcik driver bebudak tu masa bertanding. tu kenangan yang paling aku tak boleh lupa dan hanya kami yang tahu story tu. huhu becoz van tu cantik sangat.

dalam tahun yang sama juga...ada beberapa perkara pahit yang aku tak boleh lupa hingga kita... apapun taklah sampai tak ampun kan dosa sesape...kita bukannya tuhankan nak fikirkan tentang dosa dan pahala orang lain. kpercayaan aku mula terhakis terhadap seseorang...biar semua orang tahu ape sebenarnya yang terjadi antara aku dengan dia. selama ni org tengok aku happy je...dan tiap kali org usik aku dengan dia aku hanya senyum atau tumpang gelak...namun jauh dalam sudut hati ini...aku betul2 hilang percaya pada dia. mana tak nyer semua benda yang aku story kat dia semuanyer dia cerita kat orang....kita dah anggap dia tempat kita simpan semua hal kita tetiba semua orang tahu. ape kes... kalau koranglah pon...suka ker ade benda yang tak patut orang lain tahu kita ceritakan...

akhirnya aku mengambil jalan ringkas supaya menjauhkan diri darinya. dia pon tak gaduh ngan suami dia. sebab keakraban kami....selalu gak suami dia cemburu kat aku. no point rasanya ...knape nk cemburu dah anggap pangkat akak dah....ops dah jauh motif cerita aku ni aku tinggalkan...

start 2009 aku pegang secara penuh kelab kebudayaan.. aku fokus tahun ni pada tarian je...alhamdulillah masih kekal dengan 3rd place dalam festival tari. mungkin keputusan boleh lebih baik..tapi juri tak menyebelahi kami. bengang jugak sebab aku ajar utk kategiri menengah johan dan ke kebangsaan. frustkan skkolah sendiri tak johan... malah mulut longkang mengatakan aku tak latih sungguh2 team skolah..diaorang tak tau kkowt aku latih tak kira hari. bukan nak tunjuk depan gb wat eje kowt sebab aku bukan jenis mcm tu.

apapun show budak2 tu lebih banyak dari tahun lepas. cara aku nk xpose dancers aku tu... untuk next year aku dah buat selection dah pon... harap dapat menang besar tahun depan...johan sk dan sm. baru gempak...

skadar nak menyatakan apa yang terbuku dihati...namanyer blog nukilan hatikan..ikhlas aku nyatakan aku tidak pernah membenci mahupun hasad dengki pada sesiapa dalam musafir mencari rezeki dirantauan. niat aku kerana kerja dan mencari nafkah untuk aku...keluarga aku.

jadi fikir2kanlah menuduh dan melakukan sesuatu yang korang fikir aku ni jahat sangat. tuhan itu maha mengetahui...moga yang jadi batu api tu sedar...bila kita buat jahat kat orang dan mengadu domba ati kita tak kan senang. cermin dulu keje kita dan apa yang kita buat untuk kerjaya kita.

rasa macam ruangan terjah lah pulak..ape pun ...aku tetap aku..tak penah kalah dengan cabaran dan dugaan kerana aku sentiasa percaya tuhan itu menolong kita jika kita dipihak yang benar...aku juga tak akan hukum atau lemparkan tuduhan yang dia patut dihukum. hanya padaNya aku serahkan....sepanjang aku kerja ..aku hanya fikirkan kerja untuk sekolah....sekolah dan sekolah...

harap 2010 yang mendatang jadikan aku lebih tabah dan xde hot story ngan kelab kebudayaan lagi...huhuhu ...adios



Tuesday 28 July 2009

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?

Petikan Berita Harian 29 Julai 2009


KANAK-kanak yang didedahkan dengan muzik akan lebih kreatif dan mengapresiasi muzik apabila mereka dewasa kelak. - Gambar Hiasan.


RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.

Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.

Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.

Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.

Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.

Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.

Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?

Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun.

Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.

Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.

Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung.

Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.

Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.

Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula.

Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.

Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.

Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.

Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.

Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.

Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.

Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.

Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.

Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.

Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.

Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja.

Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.

Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan.

Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?

Monday 27 July 2009

Membantu Mencapai Potensi Diri

Salah satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.

Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.

Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.

Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.

Percaya kepada mereka

Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa.

Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar.

Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.

Memberi galakan

"Anda boleh buat..." " Saya tahu anda boleh..." Ini merupakan kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh: "Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."

Memberi pengharapan tinggi

Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita.

Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.

Beritahu yang sebenar

Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya. Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.

Jadi role model

Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita.

Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.

Berkongsi dengan orang lain

Selalu terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain.

Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.

Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai impati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.

Cabar mereka

Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak.

Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.

Bertanya soalan yang baik

Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.

Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda.

Menghargai mereka

Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.

Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.

Habiskan masa dengannya

Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.

Suntingan Motivasi

Saturday 25 July 2009

Susah ke kerja dalam satu pasukan?



Memandangkan tugas mengajar adalah bisness utama kita, tugas dan tanggung jawab sebagai ketua akan diutamakan. Kepada mereka yang bekerja di bawah saya, saya menyeru bekerjalah sesetia pada pekerjaan anda mengatasi segalanya.