Friday, January 27, 2012 Edit This 0 Comments »
Hari ni hai jumaat.. ada kenduri kat rumah pak ngah teh petang ni.. tak payah nak masak tengahari .. lepas sembahyang abah dan anak2 merancang untuk terus ke rumah kenduri..

Hari ni aku .. aku sedikit sedih.. bilamana melihat suamiku naik basikal untuk ke kebun.. kesian pulak rasanya.. melihat dia melalui liku2 kehidupannya.. kisah masa silamnya yang penuh dugaan.. dan kini terpaksa melalui sedikit kesusahan hidup untuk meneuskan kehidupan yang masih lagi bersisa.. motor rosak.. jadi terpaksa naik basikal ke kebun.. semoga suamiku sentiasa tabah.. Pagi tadi aku tersedar kira2 pukul 4 pagi.. dalam kesamaran tu aku melihat suamiku sedang sujud besembahyang tahajud.. lama dia sujud di tikar sembahyang mungkin untuk meminta keredhaan Allah serta bantuan dariNya.. itu andaian aku...

Habis sembahyang begerak pula ke pasar setiap hari seawal 4 pagi itulah rutinnya kini.. Suamiku seorang yang baik aku kira aku sungguh bertuah menjadi isterinya.. meskipun aku bukan lah istei yang baik..( bila aku cakap begini suamiku pasti menegur kata2ku. Bukan semua orang sempurna..kurang yang itu lebih yang ini).. entahlah tapi yang pasti aku selalu rasa orang lain lebih baik dariku..

Aku doakan semoga suamiku tabah dalam apa jua rintangan yang bakal di hadapi.. "Kalau kita sering di uji itu semua adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita.. sepatutnya kita bersyukur kerana masih sering diuji dengan pelbagai masalah sebab Allah sentiasa ingin menyedarkan kita supaya sentiasa ingat kepadaNya..." .. kata2 hikmah dari suamiku bila aku sering bertanya kenapa kita selalu diuji dengan pelbagai masalah.. Nasihat suamiku jua "Dalam perniagaan jangan sesekali kita mengurangkan timbangan seta menaikkan harga tanpa memberitahu pelanggan.. kalau kita taknak makan duit haram yang tiada berkat dari Allah tak guna kita beniaga.. Berniagalah seperti Rasullullah yang sentiasa bersedekah mesti berkat perniagaan nanti InsyaAllah.. Niat kena betul bukan untuk mencari keuntungan semata2 tetapi kita lakukan semua ini untuk mencai pahala serta keberkatan dariNya.. di samping dapat bersama anak2 kita dapat juga mencari sedikit duit untuk kita habiskan sisa2 hidup kita...'

Wednesday, January 25, 2012 Edit This 0 Comments »
My mom is the bestest mom ever.. itu yang boleh aku katakan di sini.. Ibuku merangkap teman setia yang sangat2 boleh dipercayai.. pendengar yang setia pemberi nasihat yang baik yang sentiasa memberikan semangat dalam apa jua permasalahan yang aku hadapi..

Mak.. jua adalah nenek yang terbaik untuk anak2ku.. baru2 ni mak bercuti di kedah bersama2 kami.. selama 4 hari aku dan anak2 dapat mengubati kerinduan untuk bersama dengan mak.. dan adik2ku.. kerinduan kami terubat seketika namun melihat mak pergi kembali ke Klang.. agak sukar untuk kami menahan airmata.. mak sentiasa baik dengan semua menantu.. tiada soal pilih kasih dalam melayani cucu2nya.. semuanya sama je bagi mak.. jadi anak2ku senang bersama dengan mak..

Mak.. kami sayangkan mak...

Wednesday, January 18, 2012 Edit This 0 Comments »
Ammar bercerita lagi tentang kisahnya di sekolah.. kali ni dia cerita tentang gelaran ustaz yang diberikan oleh gurunya.. lawak bila dengar cerita dia.. tak cukup dengan tu abang2 dia cerita pula tentang keakraban Ammar dengan abang kantin.. yang selalu je berborak dengan Ammar dan mengusik Ammar tiap2 hari.."Pelikla mama kenapa entah abang kantin tu suka berborak ngan Ammar.. kalau Ammar duduk sorang2 diorang datang berborak dengan Ammar.. main2 la..".."Ammar ni kan suka bersembang memangla orang suka.. dengan orang lain camtu jugak ke..?"..Iffa mencelah.."Dengan orang lain tak pun dengan Ammar je..".. "Ada la yang istimewa Ammar tu sebab tu diorang suka.."...Iffa.."Ammar kan nakal.. semalam abah bagi duit sepuluh ringgit suruh share pastu Ammar taknak dia nangis minta duit lain.. Abah bagi sepuluh ringgit sorang.. pastu dia habiskan rm4 .."

Mengadu Iffa lagi.."Kakak habiskan berapa?"..."Kakak makan seringgit je.. yang lain akak bagi Abang simpankan takut hilang..".. Hmm anak2 camtu la ragam dia setakat ni Arri dari kecik tak suka membazir duit.. Iffa masa mula2 sekolah dulu lebih kurang Ammar jugak bagi seringgit habis bagi dua ringgit pun habis sekarang ni dia dah boleh mendengar nasihat dah mula pandai nak menyimpan sikit.. Amamr pelan2 kita nasihat Insya Allah berubah suatu hari nanti...

Monday, January 16, 2012 Edit This 0 Comments »
Balik dari sekolah Ammar bercerita tentang kisahnya di sekolah .."Mama hari ni Ammar tukar kelass..".."Ammar masuk kelas apa kenapa tukar kelas.. Ammar nakal ke kat sekolah..?".."Taklah Ammai tukar kelas sebab cikgu suruh tukar..".."Kenapa?".."Entahla.. budak lelaki ada 6 oyang je.. kawan Ammai yang tak pandai baca masuk kelas K..".. "Ammar masuk kelas apa?".."Ammai masuk kelas F..".."Wah kelas F macam kelas abangkan.. kelas pertama?"... "A'ah..".."Pandainya Ammar.. belajar elok2 tau.."

Ammar.. walaupun kefasihannya kurang tapi kecekapannya membaca..memahami dan mengira amat baik.. Dia agak lincah tetapi setakat ni potensinya di sekolah mengagumkan.. periksa akhir tahun di sekolah pasti dia mendapat tempat pertama dengan peratus sebanyak 99%..

Semoga dia dan anak2ku yang lain berjaya di masa hadapan..Amin

Sunday, January 15, 2012 Edit This 0 Comments »
Abah mengadu kepalanya sakit.. selalu saja macam nak rebah.. susahnya hatiku risau kalau ada apa2 yang berlaku kepada dirinya.. abah cukup susah kalau suruh pergi klinik.. even masa kerja dulupun camtu.. masa tu free kalau sekrang ni nak gi klinik mesti la kena bayar lagi susah nak suruh dia gi check.. Aku harap abah sentiasa sihat mungkin aku perlu beli suppliment untuk dia di farmasi. kalau nak suruh dia beli sendiri jawapan dak la..

Sejak bekerja sendiri ni dia memang kurang tidur.. seawal 4 pagi dah bangun balik dari pasar terus gi motong.. pastu balik sat dalm kul 12 tu amik anak kat sekolah... lepas berulang alik kena jaga kedai pulak.. kesian dia...

Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. Amin..

Saturday, January 14, 2012 Edit This 0 Comments »
Wah Hari ni mood aku kurang baik macam2 yang aku fikir.. masih rasa kurang selesa lagi berada di kampung.. tak tahu la kenapa boleh aku ada di sini.. fikiran tu datang kerana kurang tidur kot.. mlam tadi tidur lambat baca buku yang aku pinjam dari library.. dok kat sini kerap jugak aku baca novel2.. kalau lah time study dulu aku pulun baca buku konpem skrang ni aku dah pun jadi seorang korporat.. chewah verangan...

Lepas melepaskan hot mehot.. aku tertido bangun sampai tengahari.. abah bagi peluang aku tidor kesian kot.. tapi kejap2 kejut aku ajak aku sembang.. "Jomla mama kita duduk depan.. abah boring..".."Jomla mama kita sembang2 abah rindu..".. tu la dia kalau aku membebel kang hangin kalau tak membebel tau pulak nak rindu.. hehehe.. aku bo layan sambung tido lagi..

Bangun tido aku kemas sapu2 kedai datang pulak Nabila first customer aku masa mula2 aku bukak.. dah lama dia tak jengah kedai ni sebab masuk asrama.. aku rajin sembang ngan dia.. dia cantik dan bijak jugak.."Lama dah tak mai kedai akak.. akak dengar nabila dok asrama sekarang?"..Nabila:"A'ah.. balik petang kelmarin.. nak sembang2 ngan akak kejap kerusi ni untuk bagi orang dudukkan?".. kata nabila yang ada dua lesung pipit di pipi.. Lepas sembang2 citer pasal macam2 entah macamana terkeluar pasal fesbuk.. sempat lagi add dia jadi kawan..

Tak lama tu telefon dia bedering.. pastu dia sibuk pulak bersms.. gadis cantik macam dia mestila ramai peminat.. aku ni mudah suka dan sayang kat orang.. Nabila ni tak tahu macamana dia jadi rapat ngan aku.. walaupun dia hanya datang kekedai untuk membeli barang tapi dia rajin datang kesini.. berbual2.. baik sungguh budak ni aku harap semoga dia dapat menjadi seorang yang berjaya dalam pendidikan dia nanti..

Sempat sembang tentang sekolah matalamat dia di masa akan datang.. dia minat bidang sains.. tak suka sangat menonjol di sekolah.. tapi selalu minta bimbingan cikgu.. dia lebih suka bertanya cikgu secara personally daripada bertanya di kelas.. Ah budak ni mula meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.. Aku mula bersa senang dengan dia.. "Kemarin datang kedai.. akak takdak tu yang nabila mai sini hari ni nak jumpa akak..".. terharu pulak aku dengar kata2nya.. mudah sungguh dia berasa senang dengan aku.. selepas berbual2 aku bagi pinjam broadband untuk dia guna.. lepas sejam dia offline lalu ucapkan terima kasih dan berlalu pulang..

Aku duduk memerhatikan nya berlalu pergi.. Remaja sedang naik semoga dia dapat menjalani alam remaja dengan rasa gembira dan tak mensia2kan peluang untuk belajar demi masa depannya.. Nabila nama yang secantik wajahnya..

Friday, January 13, 2012 Edit This 0 Comments »
Hari ni hari jumaat.. minggu ni cuti 3 hari.. kami tak pergi mana2 untuk bawak anak jalan2.. maklumlah orang berniaga sayang nak cuti walaupun sehari .. duit tak masuk la kalau kami ambil cuti.. berniaga ni kira sevis untuk orang kalau kami cuti susahlah orang kampung nak membeli barangan untuk keperluan terpaksa pula ke pekan..

Memandangkan semalam seharian hujan maka orang kampung tak pergi motong disebabkan pokok basah.. abah sebaik mengemaskan ayam, ikan dan sayur di atas meja bergegas pula ke kebun bawak Arrie, Iffa dan Ammar untuk menolong kutip skrap.. cepat sikit nak kutip kalau ramai..

Aku pula seperti biasa kena jaga kedai.. pagi2 orang kurang sikit biasanya di waktu pagi orang hanya beli rokok dan minyak motor sahaja.. jadi tak la berapa nak sibuk..

Semoga rezeki kami dimurahkan pada hari ini dan juga hari2 seterusnya...