Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis !!

Bintang Gegar Vaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein hampir menangis ketika menyanyikan lagu tugasan untuk minggu kedua, Berpisah Jua.
“Saya akui, lagu yang saya persembahkan seperti kena dengan kisah hidup saya. Saya rasa macam menyanyi di hadapan cermin.
“Minggu pertama lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, minggu kedua pula lagu Berpisah Jua.
“Pada awalnya, saya takut saya tidak boleh menahan sebak dan emosi ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua. Saya hampir menangis ketika menyanyikan lagu tersebut.
“Namun begitu, saya menguatkan hati dan akhirnya dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya,” katanya.
Bakal menyanyikan lagu Perawan atau Janda di konsert ketiga, Elly menerima cabaran tersebut dengan hati terbuka.

“Walaupun setakat ini semua lagu yang saya nyanyikan sedikit sebanyak ada kena mengena dengan status saya sekarang, saya memandang perkara itu positif.
“GV 3 merupakan sebuah pertandingan. Saya merupakan seorang penyanyi dan harus bersikap profesional. Saya menerima lagu tugasan tersebut dengan hati terbuka.
“Saya tidak boleh bersikap sensitif dan menganggap ini sebagai cabaran. Sudah namanya pun pertandingan, berilah lagu apa pun, lagu sedih atau gembira, saya harus menggalas tugas yang diberikan dengan baik.
“Lagu Perawan atau Janda merupakan sesuatu yang asing bagi saya. Sebelum ini, agak jarang saya menyanyikan lagu dangdut.
“Saya mahu memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan. Jangan lupa untuk menantikan persembahan saya di minggu ketiga nanti,” tambahnya lagi.
Sumber, KakiViral.com

Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis !! Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis !! Reviewed by Unknown on 8:21:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.