Monday, August 24, 2015

JHEO PERLU RANGKA PEMBAHARUAN TINGKAT MINDA ORANG ASLI



Ramli Hussin

MACHANG: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)) perlu merangka satu anjakan pembaharuan untuk meningkatkan minda dikalangan
orang asli supaya mereka mampu bersaing dengan kaum lain dalam pelbagai bidang.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, ini termasuk penyertaan mereka dalam
bidang industri kecil dan sederhana (IKS) dan pendidikan dalam dan di luar negara.
"Pencapaian mereka dalam kedua-dua bidang berkenaan masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain," katanya kepada pemberita
selepas melakukan penyerahan wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Ptptn) di sini, semalam.
Lebih 140 pelajar yang berjaya menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
di bawah Parlimen Machang, masing-masing menerima wang pendahuluan itu sebanyak RM1,500 seorang.
Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata, pendedahan menerusi kursus, latihan dan bidang kerjaya mengenainya
perlu dipertingkatkan lagi bagi mengubah minda mereka supaya maju ke hadapan seiring pembangunan pesat negara.
Beliau berkata, ini adalah kerana pencapaian mereka dalam bidang pendidikan diperingkat menengah masih keciciran sebanyak
19 peratus apabila kebanyakan mereka enggan melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu selepas tamat darjah enam.
Katanya, dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Upsr) pencapaian keputusan cemerlang pula masih rendah iaitu
1 hingga 3 peratus.
"Bagaimanapun pada umumnya pencapaian mereka dalam bidang pendidikan semakin meningkat berbanding sebelum ini dan usaha-usaha
perlu dilakukan lagi agar taraf hidup mereka setanding dengan kaum lain," katanya.
Beliau berkata, paling signifikan peningkatan mereka di peringkat pengajian tinggi khususnya di luar negara semakin
meningkat daripada 40 sebelum ini kepada 53 orang sekarang di lapan buah negara.
Ahmad Jazlan berkata, negara-negara berkenaan ialah Ireland, United Steat Amerika (USA) United Kingdom (UK), Australia,
India, Indonesia, Rusia dan Canada.

No comments:

Post a Comment