Tuesday 14 March 2017

9 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kawan-Kawan..




Haa.. Hari ni saya nak kongsikan cara-cara untuk kuruskan badan dengan berkesan dan cepat tanpa menggunakan product yang sedia ada (Nak guna product pon boleh,tetapi kalau kita tidak disiplinkan diri tanpa ikut cara dan pantang larang dia pon tak akan turun berat badan tue kan.. hehee..)

okey.. kita lanjutkan terus cara-caranya yer..

1.MINDA:


-Jika anda berniat untuk kurus, cuba setkan minda anda supaya FOKUS nak kurus 
bersungguh-sungguh. Kalau kata hari nie kata nak kurus, Lakukan hari ni juga. Bukan kata esok nak kurus, lusa nak kurus dan sebagainya.. STOP bagi alasan.. LAKUKAN segera. 
Andaikata kita berniat untuk kurus tetapi nak mulakan esok la lusa la... Sampai bila kita Nak bagi Alasan untuk perubahan diri sendiri TANPA Bertindak. Lebih baik SET ON YOUR MIND, Letak matlamat yang lebih sihat dan Lakukan SEGERA

2.ILMU:


-Ilmu amat penting jika kita nak berjaya. Begitu juga dengan nak kurus.. Nak kurus kena ada ilmu.. salah satunya adalah Pelajari Ilmu Tentang Kalori. Tahukah Anda, Kalori  lebih banyak terbakar semasa kita tidur? Sebenarnya nak kurus mudah jer, Ambil/makan kalori yang diperlukan/ditentukan sahaja untuk sehari. Jika kita memerluka 1300kcal sehaji, janganlah kita makan sampai 2500kcal untuk hari itu.Kalau kurang daripada 1000kcal dalam sehari,kita akan jadi lapar.. So, cuba kita ambil dalam 1000kcal-1300kcal.. Ini Sebagai contoh.. setiap orang berbeza keperluan kalorinya... So rajin2xlah tanya En.Google yer.. hehee

3.Kuantiti Makanan:


-Maknanya, Makan sikit-sikit tetapi banyak kali.. Jangan Makan Sekali Hadap jer..hehee...


4.Makan Lewat Malam:


Cuba ELAKKAN MAKAN LEWAT MALAM. Pernah tak tengok keluarga cina makan malam?
Biasanya,kalau selalu ke pusat membeli belah. Mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini adalah waktu yang ideal. Seeloknya makan sebelum/selepas maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4jam untuk menghadam makanan.Bayangkan makan pukul 10 malam,Anda kena berjaga sehingga 2pagi bagi memastikan makanan yang anda makan tue menghadam dengan betul,.. kalau tidur pukul 12malam alamatnya Berlemak la jadiNya....hehehe

5.MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA:


Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau 'diabetis' sahaja. Ia amat penting
untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman Bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain.Minum Air masak lebih baik. Apa?? Air masak tak sedap?? Cubalah minum air bergula,nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini Semestinya DIBUANG...

6.AIR MASAK


Memperbanyakkanlah minum air masak. Sekurang-kurangnya 8 Gelas sehari. Malu nak bawa botol air besar untuk ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau Malu, Sampai bila Takkan Kurus. Ini kerana badan memerlukan air yang banyak.. Air ialah Sumber semulaJadi Yang Penting Untuk Kurus..

Toksin dalam badan menyebabkan sukar untuk buang. So,untuk membuang toksin itu keluar melalui air kencing,minum sahaja air masak. Mudah dan Murah cara untuk kuruskan badan dengan air masak kan?

7.Buah-Buahan


BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Dan dimalaysia memang terkenal dengan buah-buahan. Jadi lebih efektif untuk menguruskan badan ialah dengan memakan buah-buahan tempatan.

8.Berjalan Dan Berjogging


Amalkan dan PerBanyakan Berjalan/Berjogging..Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

9.FOKUS 


Fokus dan berikan komitmen 100% berubah untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


AKHIR KATA

Lakukan semua cara ini secara konsisten. InsyaAllah anda akan lihat perubahan pada diri.
Kenapa agak serius Entry kali nie??heehe.. yerlah.. kita cuba nak DISIPLINKAN DIRI tue..kenaa bagi tegas sikit kan..heee.. Mana tak yer nye, Kalau kita laburkan duit RM10k sekalipun, kita tiada disiplinkan diri untuk kurus memang tiada kesan pada diri.. sampai bila bilapun kita takkan kecapi apa yang kita mahu kecapi. Hanya bergantung pada product sahaja tidak mencukupi buat diri. Ianya hendaklah ada sedikit usaha..

HARAP ENTRY YANG TAK SEBERAPA INI DAPAT MEMBANTU SERBA SEDIKIT PERUBAHAN UNTUK KITA... TERIMA KASIH KERANA MEMBACA (',')

0 comments:

Post a Comment