Hadith Pilihan
KITAB ZAKAT
Hadis Abdullah bin Umar r.a: <br> Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang berdiri di atas mimbar. Baginda memperkatakan mengenai sedekah dan menjaga diri dari meminta-minta. Baginda bersabda: Tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah. Tangan yang berada di atas adalah yang memberi manakala yang berada di bawah adalah tangan yang meminta.
Bab: Bab Menerangkan Bahawa Tangan Yang Berada Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Yang Berada Di Bawah. Tangan Yang Berada Di Atas Adalah Tangan Yang Memberi Manakala Tangan Yang Berada Di Bawah Adalah Yang Meminta · Riwayat Muslim: 1715