Siapakah Zulkarnain (Dikisahkan dalam Alquran)

Assalamualaikum dan Salam RaMaDaN...

Sedar tak sedar kita dah berada dalam fasa kedua, iaitu fasa keampunan, sungguh cepat masa berlalu. Amacam rasa-rasa ada perubahan tak dalam rutin harian hidup kita...atau sama jer,  Dalam fasa kedua ni, Allah SWT banyak memberikan maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Bagi aku inilah saat yang tepat untuk kita meminta ampun atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada yang kita sedar ataupun yang kita tak sedar, biasanya banyak yang kita tak sedar..hehe.

Entry kali ni aku tertarik dengan sebuah kisah yang diceritakan dalam Alquran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 86 yang bermaksud:

"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam. Di sana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai, Zul'karnain, adakalanya engkau seksa (kaum yang kafir itu) atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan..."

 
Menariknya kisah Zulkarnain ni, ia dikaitkan dengan Alexander The Great penakluk terhebat.. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai pemimpin pertama yang menguasai timur dan barat. Sehingga kini ia kekal sebagai menakluk berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia. Keagunganya telah menjalar hingga ke nusantara dan di gelar Iskandar Zulkarnain. Setelah beribu tahun, dipercayai Orang melayu mempunyai  pertalian darah dengan Alexander The Great. Didalam buku sejarah melayu, SULALATUS SALATIN ada menyatakan bahawa keturunan raja-raja Melayu adalah dari keturunan bangsa ROM ( cam cite MERONG MAHAWANGSA). Kehebatannya diakui Oleh tOkOh sejarah seanterO dunia kerana menguasai hampir 90% dunia. 


Menyusur Kisah Zulkarnain kadang2 sukar diterima Oleh akal  ini kerana terdapat banyak tOkOt tambah dalam penceritaan Zulkarnain. Tetapi yang pastinya Alquran adalah sumber yang sangat pasti akan kesahihannya, Dikisahkan Zulkarnain merupakan seOrang hamba yang sOleh dan beriman kepada Allah. Terdapat persOalan, adakah Zulkarnain seOrang Nabi?? Tapi ada pula yang berpendapat Zulkarnain seOrang rasul.. Ini kerana terdapat ayat di dalam surah Al-Kahfi ayat 84

"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukan".

Namun persOalannya, adakah Alaxender the Great merupakan Orang yang sama seperti mana yang diceritakan didalam Alquran?? Jika benar mereka adalah Orang yang sama, sejauh manakah kebenarnya... JOm kita rungkai persOalan itu dengan menOntOn videO yang disediakan khas untuk anda semua. Didalam videO tersebut diceritakan asal usul Alexander The Great yang dipercayai Iskandar Zulkarnain.




EpisOde 2

Sampai cni  je buat masa sekarang.. selamat menjalani ibadah puasa..

Related product you might see:

Share this product :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BLOG GaRRA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger Template