Info

Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?



Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:

Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?

Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?

Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan doktor sekiranya migrain tidak berkurangan.

Al-Fatihah


Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita kematian 4 sahabat yang ditimpa kemalangan jalan raya di Melaka.Kereta yang dinaiki mereka telah digilis dan diheret sejauh 25 meter.salah seorang daripada arwah adalah saya sangat kenali,iaitu arwah Mohd Sulaiman Abd Rahman yang berasal dari Jerantut Pahang, arwah adalah adik kepada adik ipar saya, saya terkejut menerima berita kematian beliau.Beliau saya kenali adalah anak bongsu,seorang yang sangat rajin,ringan tulang dan agak pendiam. Terkejut sangat menerima berita kematian beliau.


Arwah yang paling kanan.
Saya sempat menelefon keluarga Arwah dan mereka redha,keluarga mereka adalah dari keluarga yang besar dibesarkan dengan ilmu agama kerana bapanya seorang yang warak...apa yang saya maklum daripada kakaknya(adik ipar saya) terdapat 2 saksi yang mengatakan treler tersebut telah melanggar isyarat lampu merah di persimpangan.Tapi saya tidak dapat memastikan,biarlah pihak berkuasa menyiasatnya.Apa pun semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sentiasa disayangi oleh Allah swt,al fatihah...amin......

ISU KONTRAK SOSIAL...

Dewasa ini,kita seringkali dengar dan baca di dada akhbar tentang tercetusnya topik sensitif yang melibatkan isu perkauman ataupun kontrak sosial khasnya. saya bukanlah seorang ahli politik ataupun mempunyai pendidikan politik,tetapi hanya seorang rakyat malaysia yang mahukan keamanan dan kedamaian.Undi kita adalah rahsia kan?Apa yang akan saya sentuh disini adalah hanya sebagai satu kesedaran untuk kita fikir sejauh mana baik dan buruknya implikasi sesuatu isu jika ia dipertikaian,apatah lagi jika isu kontrak sosial.Apakah kesan kepada rakyat dan negara.

Menyorot kembali sejarah dan peristiwa adalah adalah wajar bagi kita untuk mengetahui asal usul dan punca utama sesuatu cerita,supaya menjadi tauladan dan ingatan kepada kita dewasa ini,maka ianya haruslah dinilai secara positif untuk kebaikan semua.

A
pakah yang mungkin akan terjadi sekiranya isu kontrak sosial ataupun isu perkauman ini dimanipulasikan????antara contoh-contoh terbaik yang dapat saya gambarkan disini adalah satu peristiwa yang mengemparkan negara satu masa dahulu iaitu Peristiwa 13 mei 1969,saya percaya anda memang pernah dengar dan seringkali orang mengatakannya tetapi adakah anda cukup jelas tentang peristiwa itu??

M
ari kita renung bersama dan baca untuk pengetahuan kita semua...supaya kita dapat menilai sejauh manakah kesannya kepada rakyat dan negara jika perkara ini berulang lagi...

Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-Persatuan Cina Malaysia (MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

P
arti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),Parti Tindakan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala Parti Islam Se-Malaysia PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Tan Chee KhoonDr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di[Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dibunuh. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer DiRajaRejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu. Malangnya beberapa askar Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Rejimen Askar Melayu DiRajaAskar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas,
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Bentong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.


Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Mageran


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan NegaraMageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Dato' HusseinTun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("''Malay Dilemma''") oleh Mahathir bin MohamadTun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah kaumperkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk . Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

Bergitulah ceritanya..sebenarnya banyak lagi perkara yang memilukan berlaku,tetapi saya tidaklah mahu untuk mencetuskan kembali isu ini, soalnya disini hanyalah contoh-contoh kejadian yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak dikawal sepenuhnya...(silap-silap aku kena ISA pulak nanti),itulah kesannya jika perkara itu berlaku,jangan cetuskan isu perkauman,tidak kira kita berbangsa apa,ia sangat sensitif,yang penting kemakmuran negara perlu dijaga bersama, saya percaya anda semua sayangkan negara dan cintakan kedamaian,semoga negara kita aman makmur kekal harmoni berbilang bangsa dan agama.

Politik adalah perjuangan masing-masing untuk memajukan negara tetapi jangan lah mengambil kesempatan keatas isu ini,carilah jalan terbaik yang lain untuk menyelesaikan sesuatu isu. saya sebenarnya cukup bimbang tentang isu politik semasa.pebagai ragam dipersembahkan...kita sebagai seorang dewasa mungkin dapat menilai mana baik dan buruknya,tetapi bagaimana pula dengan generasi muda???semestinya mereka keliru!!!,dan menilai dengan perasaan yang benci..juga mereka tidak langsung mengambil tahu urusan dan masalah negara.Bagi mereka,politik tidak menjadi contoh kepada mereka,sebaliknya...penyanyi dan pelakon barat menjadi idola..hemmmm,remaja...macam tu lah kot?,perkara ini mungkin kita tidak sedar,tetapi perlu diambil kira...

Apapun kita semua tetap dibawah satu bendera,we are Malaysian and should proud to be...kita sebenarnya memang bersatu cuma kita tidak menyedarinya...disaat Datuk lee chong wei menang keatas Lin Dan di terbuka Swiss,wahhhhh,semua orang bersorak gembira,disaat pasukan Malaysia kalah didalam arena bolasepak semua orang sepakat geram!!,so, memang kita bersatu lah kan??boleh pulak duduk semeja tengok Badminton dan Bola Sepak...

Akhir kata daripada saya,yang lepas itu jadikanlah sejarah,hari ini jadikan ia sebagai masa hadapan untuk dinilai pro dan kontra untuk kemajuan rakyat dan negara,jangan lah kita mencetuskan isu kontrak sosial, kawal lah minda,carilah penyelesaian yang terbaik untuk kemajuan negara.Peliharalah keharmonian rakyat Malaysia.....

-peace for all-

rujukan: http://ms.wikipedia.org

Tips For Takaful Agent .





Mengikut kajian LIMRA ramai ejen/wakil insuran melayu gagal dlm mencapai target production berbanding bukan melayu..sbbnya..CLOSING GAGAL!!

klu main bola matlamatnya adalah GOL..GOL yg menentukan menang, kalah atau seri..tak kira betapa cantiknya main..betapa kerasnya permainan..betapa bintangnya pemain2nya..tp klu tak menjaringkan GOL tercapaikah matlamat bermain bola?

so sama la dgn ejen/wakil ins./takaful..cite kat prospek sampai berbuih2 air liur terkeluar kene kat prospek..bab CLOSING hampeh!!..mcm mana nak jaringkan gol/closing?

teknik 2 soalan:

1. soalan terbuka
2. soalan tertutup

soalan terbuka ni la yg menyebabkan seseorg prospek tu tak dpt di 'closed'..cth soalan terbuka "bila boleh isi borang?" maknanya kita bagi prospek 'masa' yg tak sepatutnya..

soalan tertutup ialah soaalan yg mana prospek takde pilihan utk berkata 'tidak' w/pun dia tak sedar perkara tu sudah dipersetujui..cth soalan "en. nak bayar bulanan atau tahunan?"...prospek mesti jwb bulanan atau tahunan..maknanya dia dah setuju sebenarnya..sbb kita yg mengawal prospek..bukan prospek mengawal kita

so itu antara tip2 kejayaan yg saya tau..yg lelain tu bole la kongsi sama..tima kasih.

sebagai agen insuran perkara pertama yang perlu kita ada adalah niat .
'jumpa seberapa ramai prospek yang boleh dan belajar mengatasi objection.setiap objection bincang dengan pemimpin anda bagaimana mengatasi penolakan tersebut...dr situ pabila menghadapi objection yg sama anda sudah tahu apa jawapannya'.

niat kepada prospek untuk menasihati kebaikan insuran bukan mendekati untuk menjual.kerana tekanan dlm diri mempengaruhi airmuka dan cara bercakap sehingga memberitahu kepada prospek anda "anda terdesak untuk menjual dan ingin memperolehi keuntungan drnya".

antara lain,
"JELASKAN MATLAMAT"...

Satu perkara yang anda perlu faham.. insurans hanyalah satu alat.. dan ia boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan..

- untuk menampung kos perubatan yang tinggi
- untuk menanggung kos sara hidup sewaktu sakit
- untuk menyediakan harta pusaka seklip mata
- untuk menyediakan tabung pendidikan anak-anak
- untuk tabung persaraan
dan sebagainya..

Hukum membeli insuran nyawa adalah haram kecuali pengendaliannya secara Islam. Sila rujuk dengan Syarikat Takaful Malaysia untuk keterangan lanjut. Haramnya insuran tersebut menurut ulamak adalah kerana beberapa perkara yang diantaranya:

  • Perjanjian yang majhul ( tidak jetas).
    • Akad yang dilafazkan adalah tidak jelas iaitu tidak disebut harga, tempoh dan sebagainya. Kebanyakan syaratnya abstrak, contoh nya - kalau awak mati, kalau awak patah kaki dsb.
  • Hak peserta.
    • Apakah hak penerima untuk mendapat lebih dari yang disimpan?
    • Secara logiknya tentu ada pihak yang akan teraniaya - peserta yang tidak menuntut misalnya.
  • Unsur Riba
    • Terdapat unsur riba dalam pengurusan Insuran yang berasaskan simpanan.

http://members.tripod.com/tanbihul_ghafilin/himpunankemusykilanagama.htm


Pendapatan Egen Insuran

Apakah hukumnya dengan pendapatan yang diperolehi oleh seseorang ejen Insuran dimama Syarikat insuran tersebut adalah syarikat insuran Barat.

Haram sekiranya insuran tersebut bertentangan dengan hukum Islam (insuran nyawa, melibatkan riba, penindasan dsb). Sekiranya insuran tersebut berlandaskan hukum Islam maka sekiranya ia jujur dalam menjalankan tugasnya, upah dari jualan tersebut adalah halal.


Industri ini menawarkan penyelesaian kepada masalah perancangan kewangan masyarakat. Apa masalah masyarakat sekarang ini?

1- Dying Too Soon

Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan. Terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful.

2- Living Too Long

Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan. Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan. anda boleh membantu golongan ini dengan memberi kesedaran mengapa penting utk kita menabung pada usia muda. Anda dapat membantu mereka, dan apa yang anda lakukan tersebut akan dibayar sebagai pendapatan anda (Komisen)

3- Living Death

Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan....perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2 mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara.....ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. Sebab kewangan telah ditanggung oleh etiqa, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh etiqa Takaful. Disebabkan anda sebagai agent etiqa, anda memberi khidmat nasihat takaful kepada client anda dan sekiranya client anda mengalami "Living Death" beliau akan dapat bantuan. Anda dibayar komisen atas kerja anda. Profitable and meaningfull career...

4- Wealth Creation

Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana. Sekiranya anda menjadi Agent etiqaTakaful, anda boleh membantu mereka merancang kewangan mereka untuk mencapai objektif kewangan mereka. Anda dibayar komisen

diatas tugas anda.

5- Child Education

Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Kalau anda jadi agent etiqaTakaful, anda boleh bantu mereka, beri nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan simpanan pelajaran untuk anak mereka yang mempunyai ciri2 berikut "SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED"....Dan anda dibayar komisen atas tugas anda.

Lihatlah peluang yang ada di hadapan anda. Masalah dalam masyarakat, peluang untuk kita disebabkan kita mempunyai perkhidmatan daripada etiqa Takaful yang boleh membantu masalah mereka. Kalau ramai yang masih terfikir?..kalau aku jadi agent, ada ke orang nak amik dengan aku....tapi anda perlu ingat....DEMAND akan create MARKET, dan DEMAND wujud akibat adanya THREAT/PROBLEM.... So, dengan problem yang saya cerita di atas, akan create demand dan seterusnya akan create market dengan sendirinya....MARKET amat luas. Terpulang kepada anda untuk mendapatkannya atau tidak...

Orang bujang tak perlu insuran?.. bagi saya ini pandangan kurang tepat. Setiap orang sebenarnya perlu mempunyai polisi insurans. Lebih-lebih lagi yang telah bekerjaya (mempunyai pendapatan). kalau budak2 sekolah.. biasanya ibu-bapa perlu pastikan anak2 mereka ada polisi insurans.

Seperti yang kita tahu.. insurans adalah bertujuan untuk melindungi sumber pendapatan kita. Bagi orang bujang… insurans adalah perlu bagi melindungi pendapatan mereka apabila mereka “sakit”, sama ada sakit akibat kemalangan atau pun sakit akibat menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Jika mereka sakit akibat kemalangan… maka mereka tidak boleh bekerja pada satu tempoh waktu yang tertentu.. jika patah kaki, biasanya mereka terpaksa bercuti antara 4 bulan hingga 6 bulan (itu pun kalau company bagi cuti.. ada sesetengah company, kalau anda sakit dan tidak dapat bekerja semula dalam masa 3 bulan.. anda akan diberhentikan kerja). Jadi untuk tempoh itu.. anda akan kehilangan punca pendapatan disamping terpaksa menanggung kos rawatan. Kalau syarikat anda sudah ada membelikan polisi kepada setiap pekerjanya.. itu mungkin dapat membantu anda sedikit (sebenarnya membantu syarikat kerana tak perlu tanggung kos rawatan anda, kerana ia telah di cover oleh syarikat insuran).. jadi kena tgk.. adakah syarikat tempat anda bekerja sudah membelikan polisi insurans untuk anda sebagai pekerjanya? Jika ada, soalan yang seterusnya.. adakah ia mencukupi? Sesetengah kompeni hanya membelikan perlindungan insurans pada kadar yang paling minimum sahaja (maklumlah nak jimat kos).

Pada pandangan saya.. orang bujang perlu memiliki sekurang-kurangnya 2 polisi insuran:-
1- Polisi Perlindungan Kemalangan (Personal Accident).. bagi melindungi sumber pendapatan anda apabila anda ditimpa kemalangan dan ia memang murah dan tiada cash value.
2 - Polisi Perlindungan Kesihatan (Medical Card) , untuk menampung kos rawatan apabila anda dimasukkan ke hospital.

Tidak kisahlah sama ada anda beli sendiri atau syarikat tempat kerja anda belikan (bagi yg telah bekerja)ataupun ibu bapa anda yang belikan (bagi yang masih sekolah).. yang penting, pastikan anda memiliki kedua-dua polisi tersebut. Dan lebih baik lagi.. jika anda dapat pastikan jumlah perlindungan yang anda miliki mencukupi (terutama bagi medical card, kos rawatan sentiasa meningkat setiap tahun).

saya tak percaya ngan insurans .

anda tak perlu percaya kan insurans sebab insurans yang anda ambil bukan untuk anda !

anda ambil insurans utk isteri anda !
anda ambil insurans utk anak2 anda !

sebab org yang ada insurans memang x pernah merasa duit insuransnya kecuali mereka2 tersayang yg merasai duit peninggalan tersebut

anda tak akan percaya - sehingga anda sakit / lumpuh / HUK dan kemalangan (bukan niat nak takut2kan sesiapa) - realiti is that....

tak caya - cuba gi tanya kat orang yg sakit jantung yg perlukan 50,000 utk operate. kalu dorang boleh ambil insurans - byar rm1,000 sebulan pun dorang sanggup

tapi dorang x boleh ambil dah sebab sakit, mungkin dorang rasa x percaya masa sihat dulu dan dah convert kepercayaan nya bila sakit...


Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free,
sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US,
Ratus - ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon,

Kita bukan Azean Irdawati,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
RM 30000 ? alahai sedihnyer....

Kanser tak pilih bulu,
hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insurans..
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut, mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
beli emas Ribu - ribu sanggup,
tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you,
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan,

Mahal ?
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta ape, sport rim 17 inci wajib,
Perancang kewangan kate utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ke..utk permulaan.....
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kate, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurans untuk perlindungan,
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan...
Berape kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerje,
Bila orang suruh beli takaful / insurans.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu,
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm mane,

Dalam Buletin Utama pun ader? Aper citer nie?
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada baru dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak pi kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurans/takaful..


golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical...
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare...
kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak...
Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus...
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper...Majoriti mudah dalam tangan...
Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa...
Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal...murah...
Sikit hari lagi, depa pakat - pakat pindah Operasi p Bangla...
Hampa ternganga....
Tu pun masih tak sedar diri lagi......

IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih,
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
ada yang kena bayar 100%..bagi yang ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah.....
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah....
Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler...
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
******* satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat...( dengan coverage insurans/takaful la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...

Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000,
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...

Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit.....

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan ni, bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
apa2 pun bolehlah asal jangan baca je nukilan ni..
sama-samalah kita bertindak hari ini..
sebelum kita dipanggil mengadap Ilahi..
.


Sumber : Majlis Kanser Malaysia (MAKNA)

- Takaful / Insurans hanya boleh dibeli dengan kesihatan,
You mampu bayar RM 500 sebulan pun, bila dah sakit, orang tak pandang dah,
Nukilan ni bukan nak perli saper2,
Just nak bukak minda jer,
mintak maaf kalau ada yang teraser,
Sementara sihat, eloklah beringat...
Bila dah sakit......Wallahulalam....
Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...hatta Menteri sekali pun.....

DRPD AKU LAA SIAPA LAGI.....
CONTACT:
WAN IKBAL ZAHIN WAN KAMAL
019-6480007
WAS 45544



kali ni saya nak kongsi sket sebanyak pengalaman saya sepanjang karier saya sebagai wakil Takaful. walapun takder lah terer sangat seperti kebanyakan ejen-ejen lain , dan niat saya pun takder la nak mengajar. cuma saya terdetik satu hadis Nabi SAW yang bermaksud :

"...setiap kebaikan itu akan dibalas dengan 10 kali ganjaran..."
Riwayat Al-Bukhari

so, jika saya kongsi satu perkara, maka saya percaya Allah akan membalas 10 kali ganjaran. betul kan?

ok...sebelum ni, ramai orang bukak thread tentang power closing, how to approaching dan sebagainya. kiranya thread ni sebagai lauk tambah jer la..hehe...

apa yang saya nak bincangkan kat sini ialah skop dan teknik keje seorang wakil Takaful. saya banyak dengar rintihan wakil-wakil takaful yang baru seperti ini..

"camner nak cari client?"

"camner nak approach dier?"

"kalau dier dah ada takaful camner?"

"kalau dier taknak dengar camner?"

"kalau diorang halau kita camner?"

rintihan-rintihan di atas adalah common things dalam industri Takaful ni....camner nak mengatasi masalah di atas?

KENALI SASARAN PROSPEK

pecahan utama prospek kita ialah terbahagi kepada 2 golongan:

1) Orang keje kerajaan
2) Orang keje swasta

dan berpecah kepada 2 bahagian lagi:

1) orang yang kita kenal - kecenderungan pasaran 1%
2) orang yang kita tak kenal - kecenderungan pasaran 99%

dipecahkan lagi kepada 3 golongan:

1) penduduk bandar
2) penduduk luar/pinggir bandar
3) penduduk pendalaman

dan dipecahkan lagi kepada 4 peringkat usia:

1) kanak-kanak
2) remaja
3) dewasa
4) usia emas

jadi, kita sudah tahu skop kita prospek kita camner. lain skop lain caranya.

contohnya: kalau kita pegi promote Medical Card kepada orang pedalaman, mungkin diorang takkan amik pun sebab kat sana mana ada private hospital. jadi diorang lebih tertumpu kepada pelan-pelan saving, pampasan dan khairat kematian jer. jadi, penduduk bandar lebih open kepada Medical Card.

melalui pengalaman saya juga, kalau pegi promote Medical Card kat kakitangan kerajaan, memang kekadang diorang pun tak berminat nak dengar...sebab kononnya diorang sudah pun "dijamin" oleh kerajaan sepenuhnya..kalau pandai cara approach..diorang amik juga..hehe..

jadi, camner kita nak menghadapi semua pecahan-pecahan di atas tu?



TEKNIK KERJA WAKIL/EJEN TAKAFUL

kebiasaan terbahagi kepada 4 cara utama:

1) Teknik Personal 1 0n 1
Kebiasaan teknik ni sasaran ialah orang yang dah kita kenal, sedara-mara, kawan-kawan, dan orang yang dah buat appointment. teknik ni juga digunapakai bila ejen-ejen Takaful pergi sekolah-sekolah untuk promote Takaful. jumpa cikgu ni pun guna teknik nie...

note : ini adalah teknik asas semua ejan Takaful..wajib kuasai teknik ni !!!!

Kelebihan : kita dapat mendekati prospek dan mengumpul maklumatnya denga lebih dekat. closing pun senang...teknik ni banyak digunapakai oleh ejen-ejen baru..

Kelemahan : kekadang tu ganggu waktu orang keje dan bolayan...

2) Teknik Booth/Kaunter Jualan
Teknik plak lebih dikenali sebagai "PUKAT TUNDA". biasanya kita bukak kaunter di mana-mana tempat umum. supermarket, pejabat kerajaan/swasta, tepi jalan, kenduri kawen dan sebagainya. Teknik ni sangat bagus kerana secara tidak langsung dapat mempromosikan Takaful. prospek yang berhenti baca brochure tu memang sah ada potensi untuk jadi client kita. apa lagi, close terus!

Kelebihan : memberi pendedahan ringkas mengenai produk Takaful kepada orang yang lalu lalang. prospek pun senang dapat, kita hanya tunggu dan prepare jek :)

Kelemahan : memerlukan kos..saya bukak booth paling murah pun RM70 sehari...kalau bukak kat supermarket dan spot yang bagus..mau RM200 sehari..

3) Teknik Soal-siasat
lebih kurang macam teknik personal, tapi kita approach seseorang tu dengan bawak borang soalan kaji selidik. berbanding kalau kita cakap terus nak promote takaful, teknik ni lebih senang untuk mendekati prospek. cuma kekadang tu kita kena TIPU dulu prospek kita dengan cakap kita ni dari itu dan ini, nak buat kajian itu dan ini. malu nak ngaku dari kompeni Takaful hehuehuehue..(secara peribadinya, saya tak suka cara nie hheheh)..apa-apa pun, teknik ni juga berkesan jika kena caranya..

Kebaikan : dengan borang soal-siasat, kita bleh tahu secara ringkas mengenai data peribadi prospek dari segi umur, pasangan, bilangan anak dan kekuatan kewangan. secara tidak langsung kita dah boleh set kita nak promote produk apa dan berapa bayaran optimum untuk mereka

Kelemahan : kekadang tu kita kena nyamar dan tipu prospek kita bahawa kita dari itu dan ini dan tujuan itu dan ini.

4) Taklimat / Seminar Ringkas

Teknik ini adalah teknik peribadi kegemaran saya. daripada taklimat, kita dapat buat semua teknik-teknik lain bila kita follow up. melalui teknik ni, kita dapat promote Takaful kepada prospek-prospek kita sekaligus / ramai-ramai, tak perlu buang masa nak pegi sorang-sorang...kecuali follow up after that after diorang dah dapat maklumat mengenai Takaful. dan biasanya, kalau ikut pengalaman saya, kita dapat close casees beramai-ramai sebab biasanya orang kita ni suka ikut. kalau sorang isi borang, yang lain mesti ikut isi borang..hehhe...

Teknik ni perlu dilakukan secara berkumpulan, at least kena ada partner (2 orang)

Kelebihan : prospek menyediakan masa untuk mendengar, jadi kita tidak perlu pegi dan ganggu waktu keje mereka. sekaligus kita dapat promote Takaful secara beramai-ramai dan close pun beramai-ramai.

Kelemahan : kalau orang takde banyak maklumat mengenai industri Takaful, memang takleh buat taklimat..jadi pembantu tu bleh...



FIRST THING FIRST

apakah yang pertama yang perlu kita sebagai ejen Takaful, terutamanya bagi seorang ejen baru?

NIAT

first, betulkan niat...Nabi pernah cakap...

Kalau kamu inginkan dunia, maka kamu akan dapat dunia..
Kalau kamu inginkan akhirat, maka kamu akan dapat akhirat..
Kalau kamu inginkan kedua-duanya, maka kamu akan dapat kedua-duanya..

so, buatlah pilihan korang nak dok alik maner..heuehheuheu

ILMU

BASIC INSURANS/TAKAFUL
First thing first, kena ada ilmu. Tanamkan dalam fikiran kita bahawa semua orang di luar sana (prospek kita) tidak tahu mengenai konsep Insurans/Takaful. oleh itu, kita kena mendalami selok-belok ilmu Insurans/Takaful. dari segi sejarah, konsep, sistem, tahap perkembangan dan sebagainya. Ingat!! prospek kita tidak tahu mengenai apa itu Takaful, dan tugas kita sebagai penyampai ilmu dan maklumat tersebut.



KOMPENI YANG KITA WAKILI / PRODUK YANG KITA PROMOSI
yang ni sangat penting. kita kena master dengan apa yang kita wakilkan. pernah dulu masa mula-mula saya jadi wakil TI, orang tanya, "siapakah BOD TI?" errkk...kantoi..saya tak hafal pun nama-nama BOD TI masa tu..huhuhu...memang kantoi kubra ah..dan pernah juga orang tanya siapa yang jadi Majlis Pengawasan Syariah...so, nak taknak korang kena hafal sapa yang jadi BOD, AMPS, MANAGEMENT TEAM dan sebagainya sebagai penyelamat korang bila korang ditanya. bisanya orang yang tanya ni adalah golongan-golongan profesional. paling bagus, dalam tool korang tu, selitkan sekali gambar-gambar BOD, AMPS dan MANAGEMENT TEAM...orang tengok pun bertambah yakin, kan?

tentang PRODUK pula, korang kena master bebetul. antara beberapa pertanyaan yang pernah ditanya oleh saya ialah..

1) kat mana kompeni Takaful melaburkan duit? ke mana duit pergi jika melabur ngan ET? siapa pemegang saham dalam ET dan sebagainya?

2) berapa return yang saya akan dapat pada tarikh matang?

3) camner cash flow <--yang ni pernah ditanya oleh seorang pegawai LHDN..uhuk.. 4) berapa sumbangan bulanan yang paling murah? 5) jaminan kerajaan tak? 6) camner nak bayar? potong BPA? autodebit? cash? credit card? 7) proses nak claim camner? susah ke senang? camner prosedure? 8) Takaful awak ni sama ke ngan Takaful lain? <--jaga-jaga ngan soalan ni, silap jawab memang terlepas prospek. masa awal-awal jadi wakil dulu, saya pernah kehilangan 1 kumpulan prospek (10-15 orang) kerana silap jawab. lepas dah belajar balik, akhirnya alhamdulillah saya pernah dapat close 3 orang huheue... dan sebagainya soalan-soalan lain..tak ingat... jadi kesimpulannya, kita kena master ngan produk kompeni kita...


TEKNIK CLOSING
kalau nak cakap pasal teknik closing ni, memang panjang citer dan sangat subjektif. sesetengah orang power closing tak sama..tapi biasanya basicnya adalah sama..tapi saya kongsi satu guide line yang mudah..

KENALI PROSPEK YANG KORANG NAK APPROACH
contohnya kalau korang nak approach cikgu sekolah. so, korang kena kaji camner ideologi cikgu-cikgu sekolah nie. kita amik contoh dari segi pendapatan diorang :

Cikgu Sekolah Rendah
Rate Gaji : RM1300 - RM2500 (selepas kenaikan, gaji mati ngan elaun)
so, korang boleh bajet korang nak close cikgu-cikgu ni ngan polisi RM100 ke, RM120 ke ape ke..korang adalah Penasihat Kewangan, jadi jangan close kes RM500 plak..sian plak diorang nak tanggung anak bini. lain lah kalau diorang sanggup ke, ada pendapatan lain ke ape ke..

Cikgu Sekolah Menengah
Rate Gaji : RM1800 - RM4500±
saya suka approach cikgu sekolah menengah sebab gaji diorang tinggi..hehehe...kalau dah rezeki, memang dapat 2-3 kes daripada seorang cikgu sekolah menengah.

so, ni kalau kita kaji dari segi pendapatan diorang. kalau kerani ke, pembantu tadbir ker, pegawai ke, pengarah jabatan ke, bisnesman ke apa ke...tu semua korang WAJIB AMIK TAHU berapa rate pendapatan diorang. so korang dah bleh bajet berapa nak close diorang...ini masukkan benda ni ke dalam perkara FIRST THING FIRST yang perlu korang utamakan...

ILMU SEMASA
yang ni jugak sangat penting..kalau boleh korang kena tahu banyak pengetahun am. contohnya kalau korang pegi jumpa prospek seorang Tokey Jual Kereta Honda, so korang kena la study sket mengenai model-model Honda, pesaing Honda iaitu Toyota dan sebagainya. beberapa perkara tambahan lain seperti proses beli kete, loan, rate % dan sebagainya. korang kena menunjukkan minat dengan apa yang dia minat.

contoh yang lain, kalau korang jumpa sorang prospek yang hobinya suka main futsal. korang jugak kena tahu futsal ni camner, kat maner dier main, berapa rate sekali main futsal. pernah saya jumpa sorang client saya yang hobinya suka menunggang kuda. so, saya balik dan study pasal kuda-kuda nie....

dan perkara lain yang perlu korang titikberatkan ialah PERKEMBANGAN EKONOMI/POLITIK SEMASA..yang ni sangat subjektif, korang boleh baca sendiri daripada akhbar, tengok berita, dengar radio dan sebagainya..



KENALI PESAING KORANG
terdapat beberapa falsafah orang dulu-dulu, "jika kamu hendak jadi kuat, kenali dan pelajarilah daripada musuh kamu"

so, korang kena buat sedikit homework mengenai beberapa kompeni lain yang compete dalam industri nie. bagi saya, saya bergaul ngan beberapa rakan ejen daripada kompeni Insurans dan Takaful yang lain. selain daripada berkongsi maklumat mengenai produk masing-masing, kita juga dapat belajar ilmu closing ngan diorang..

so, belajar dan mengenali pesaing juga sebagai ilmu tambahan kepada korang dalam buat presentation...

masih lagi dalam tajuk FIRST THING FIRST



Sebelum ni kita telah bincangkan dari segi persediaan awal secara umum bagi seorang ejen/wakil Takaful. Jadi, pada kali ini kita nak bincang pula mengenai persediaan dari segi fizikal.


PAKAIAN KERJA

Bak kata orang, "Dari Mata, Jatuh Ke Hati", bermakna kita kena jaga penampilan pakaian kita. Kalau kita pegi Mydin, semua staff pakai baju sama jer. Kalau kita pegi BSN, semua staff dia pun ada uniform yang sama. Polis, Askar, Bomba dan sebagainya pun ada uniform tersendiri sebagai identiti diorang. Bagaimana pula dengan ejen Takaful?

Kalau dari jauh kita tengok seorang lelaki berpakaian kemas, bertali leher, bawak beg, masuk ofis kita. Maka sudah tentu kita akan cakap, "mesti salesman mamat nie".

Dan biasanya, bila orang dah anggap salesman, kita akan block @ tutup minda kita untuk "salesman" tersebut menjalankan promosi jualannya.

Kita akan bincang camner nak mengatasinya dalam episode yang akan datang :p

Well, apakah pakaian yang perlu kita pakai untuk kita kerja?

PAKAIAN ASAS - KEMEJA, SELUAR SLACK

Secara basicnya, secara puratanya ramai ejen Takaful berpakaian sebegini. Salesman pun pakai macam ni juga. Mengikut pengalaman peribadi saya, peratusan power closing daripada pakaian ini hanyalah 25% sahaja, 75% selebihnya adalah pada presentation kita.
Kelebihan : Ciri profesional tu ada, tapi masih lagi kurang memuaskan

Kelemahan : Sering dianggap salesman

PAKAIAN SEMASA BOOTH - BAJU KEMEJA / T-SHIRT JENAMA TAKAFUL

Memang biasanya kalau kita bukak booth, kita akan pakai baju jenama syarikat Takaful kita, sebagai satu promosi terus kepada para prospek kita. Saya sendiri pun jarang pakai bajut jenama TI, kalau pegi booth pun pakai baju kemeja jer...hehehe...apa-apa pun, mengikut pengalaman saya, peratusan power closing adalah 35% - 65% (hanya berkesan jika buat di booth sahaja). kalau pegi sekolah atau pejabat pakai baju nie, biasanya dah kena bolayan...

Kelebihan : Promosi secara langsung, menambahkan tahap kebolehpercayaan kepada prospek semasa kita approach dia.

Kelemahan : 100% nampak cam salesman, hanya sesuai digunakan untuk booth.

PAKAIAN LEVEL 2 : KEMEJA + TALI LEHER

Ini adalah pakaian kerja saya. Pada mulanya saya juga pakai baju Kemeja sahaja, tapi selepas beberapa kajian saya buat, saya try masuk sekolah dan jabatan, saya dapati jika kita bertali leher..kita akan mudah mendapat layanan berbanding dengan tidak bertali leher. Impressi orang pun sudah berubah. Mengikut pengalaman saya, kalau saya masuk ngan kemeja sahaja, diorang layan acuh tak acuh jer. tapi kalau saya yang bertali leher masuk, diorang akan bangun dan layan saya dengan mesra + gugup...kelakar la plak bila teringat...hehehe..apa-apa pun, power closing daripada LEVEL 2 ialah 50% - 50%

Kelebihan : Ciri profesional meningkat kepada 60%, senang pegi ke mana-mana

Kelemahan : kekadang tu masih lagi dianggap sebagai "salesman"

PAKAIAN LEVEL 4 : KEMEJA + TALI LEHER + BLAZER/KOT

Kalau kita study Industri Insurans di USA, semua ejen-ejen Insurans kat sana semua pakai LEVEL 4 ni. sebab menjadi ejen-ejen Insurans adalah satu kerjaya yang sangat profesional dan sangat berjaya. Saya pun biasanya kalau pegi jabatan-jabatan kerajaan, saya akan berkot. Rasionalnya, bila kita nak masuk jabatan-jabatan Kerajaan ni, kita kena berjumpa dan bersua muka dengan Pengarah-Pengarah Jabatan/Kementerian.

kalau kita pegi dengan LEVEL 3 dan ke bawah, biasanya dia nak layan pun malas. Orang keje kerajaan ni kekadang dia rasa dia megah sket. So, untuk mengatasi perasaan megah diorang ni, kita kena meletakkan diri kita sama level ngan diorang. Mulakan dengan cara pemakaian kita.

so, bila saya jumpa ngan Pengarah-Pengarah Jabatan, diorang akan rasa kita juga adalah orang yang penting dari syarikat yang kita wakili. Jadi, tambah sket ngan skill komunikasi, Insya-Allah permohonan untuk buat taklimat senang jek...

peratusan closing ialah 70%-30%

Kelebihan : Biasanya dapat layanan 1st class...mentaliti orang kita memang macam ni..adeh...

Kelemahan : Cuaca di malaysia tak sesuai nak pakai baju kot jalan-jalan tengah panas...adeh..dok dalam kete pasang air-cond jer la...

sekarang kita bincang plak mengenai alat-alat bantuan ejen-ejen Takaful. apakah yang seharusnya korang bawak untuk pegi jumpa prospek?

kita bincang dari segi alat bantuan asas jer..benda basic yang perlu ejen Takaful ada untuk close prospek.

1) BROCHURE / RISALAH PRODUK

ni benda basic korang kena ada. brochure setiap produk Takaful mesti bawak, dan korang kena plak faham camner nak terangkan kepada client. biasanya dalam brochure ni takder la bitau details mengenai sesuatu produk, so kerja korang ialah menerangkan secara detail lagi mengenai apa yang ada dalam brochure produk.

ini adalah alat bantuan saya di mana saja saya pergi. dan benda yang paling simple dan tidak berat untuk di bawa ke mana-mana.

2) CONTOH QUOTATION / JADUAL SUMBANGAN MUDAH

kekadang tu, bagi ejen takaful yang masih tiada laptop, contoh quotation atau jadual sumbangan juga memainkan peranan penting, sebab prospek boleh buat bajet berapa diorang nak sumbang kepada Takaful. memudahkah kerja korang, dan juga memudahkan dia buat keputusan.

saya buat sendiri jadual sumbangan untuk produk TI, mudah dan senang difahami.

3) PROPOSAL KORPORAT TAKAFUL

yang ni amat penting jika korang nak masuk jabatan/organisasi untuk jumpa ngan Pengarah, Pengurus, CEO dan sebagainya. diorang mesti akan tanya kompeni Takaful ni asal maner, dari mana, kekuatan dalam industri camner, profits setiap tahun camner, bukti keuntungan dan method pembahagian dan sebagainya. yang ni korang kena tahu banyak perkara mengenai selok-belok industri Takaful, dan beberapa industri lain yang berkenaan dengan Organisasi yang kamu nak pegi nie. design lawa-lawa sket, kasi warna print ke ape ker.

yang ni sentiasa ada dalam sampul surat keramat saya...hehehe..


4) CONTOH / BUKTI CLAIM

Bagi yang servis Medical Card, contoh claim ni sangat penting untuk meyakinkan prospect. bawak 1-2 contoh claim ke ape ke. kalau yang takde Medical Card, macam saya dulu, bawak jer contoh claim Death Benefits, Daily Hospital Benefits dan sebagainya. at least biar ada contoh @ bukti claim.

5) LAPTOP

Kalau boleh, setiap wakil takaful mesti simpan duit dan beli laptop, jangan la plak beli rim sport kete..hehehe...laptop juga sangat penting, client dapat tengok secara langsung mengenai quotation yang dibuatkan khas untuknya, aliran tunai, allocation untuk savings / tabarru', dan sebagainya. jadi, kalau boleh dapatkan laptop secepat mungkin yer..

6) BORANG PROPOSAL

jangan la plak korang pegi close client tak bawak borang plak. pastikan borang Takaful cukup lengkap, seperti borang Takaful, borang BPA, Borang Autodebit dan sebagainya. kena tanya dulu client nak bayar camner. kalau dier kakitangan kerajaan, cadangkan kepadanya amik borang BPA, kalau dia taknak, cadangkan borang autodebit dan sebagainya.


7) Kalkulator

dulu saya selalu lupa nak bawak. benda ni penting juga, beli jer yang kecik dan letak dalam poket. jangan plak bila nak kira, kena tekan-tekan henset..adeh...so, benda ni penting juga..beli yang kecik-kecik jer...kalau PDA yang ada kalkulator tu lagi bagus!

8) PEN DAN KERTAS KOSONG

hehehe...untuk penerangan kepada client korang, kena bawaklah pen dan kertas kosong. buat ilustrasi ke, jadual ke, cerita ke ape ke...kelakar plak bila teringat saya cuba close seseorang guna PEN dan KERTAS KOSONG jer...tapi gagal heuheueu...

apa-apa, ni adalah alat bantuan secondary jer .



9) HENSET @ PDA

bukanlah untuk tujuan berlagak. tapi mengikut tips yang diajar oleh UM saya, masa closing tu, letaklah henset kita atas meja. kira pamerkan henset kita lah. pastikan henset yang "BERMUTU TINGGI" ah hhehe..kalau henset monotone tu, takyah tunjuk pun takpe hehehhe...rasionalnya, orang kita ni suka menilai sesuatu dengan apa yang orang tu ada. kalau kita bawak kete, diorang nilai jenis kete apa yang kita bawak. kalau kita pakai henset, diorang boleh nilai status kita dengan jenis henset yang kita ada. so, tips untuk korang, kumpul lah duit, belilah henset yang mahau-mahau sket huehehue

10) JADUAL, GAMBAR-GAMBAR, ILUSTRASI, KERATAN AKHBAR

well, the last thing is, kisah masyarakat seharian juga sangat penting untuk kita bagi tauladan kepada client kita. keratan akhbar, ilustrasi perangkaan terkini, jadual percukaian jika korang jumpa ngan bisnesman dan sebagainya.

korang wajib ada semua benda alah ni !!


kita sudah bincang dari segi persediaan dari segi pakaian, persediaan alat² bantuan dan sebagainya.

kali ini kita bincang pula tajuk PROSPECTING

Jika kita masuk kelas ejen, apa yang kita akan belajar pada awal permulaan ialah "PROSPECTING".

ada banyak cara mencari prospek, dan banyak strategi yang digunakan untuk membuat senarai prospek. antara teknik yang paling glamor ialah Prospecting 100, yang mana teknik ni memerlukan seorang ejen menyenaraikan 100 nama yang berpotensi atau tidak menjadi peserta Takaful kita.

saya juga masih menggunakan teknik ni. tapi, senarai 100 nama yang pernah saya buat tu pun belum habis saya pergi close...heuheuhue

apa-apa pun, masih ada ejen yang masih blur, dan tidak faham camner nak buat prospecting nie. masih ada ejen yang tertanya "camner nak cari prospek? camner nak cari pelanggan? camner nak cari!!??!".

untuk mencari prospek, kita kena tahu bentuk pasaran kita. Pasaran yang saya maksudkan ialah skop prospek kita ialah seluruh rakyat Malaysia. Takaful adalah keperluan setiap orang, bermakna ini menjadikan seluruh rakyat Malaysia memerlukan Takaful dan menjadi bakal pelanggan korang. jadi, korang tak perlu risau kerana pasaran ini adalah tidak terhad.

Kenapa pasaran Malaysia adalah tidak terhad?

1) Jumlah rakyat Malaysia ialah lebih kurang 29 juta orang.

2) Daripada jumlah tersebut, 35% daripadanya memiliki perlindungan (insurans@takaful)

3) Daripada jumlah 35% tersebut, hanya 8-9% sahaja yang menyertai Takaful.

wah! adakah korang nampak apa yang saya nampak?

ini bermakna, kita boleh buat rumusan macam ni:

1) 65% atau 18.85 juta rakyat Malaysia masih belum memiliki sebarang perlindungan. jadi, 18.85 juta orang tersebut ialah bakal pelanggan korang 100%

2) 26% atau 7.54 juta rakyat Malaysia memiliki polisi konvensional. jadi ini juga tugas korang untuk menyelamatkan mereka dari menyertai konvensional kepada menyertai perlindungan berbentuk syariah @ takaful.

3) 9% atau 2.61 juta rakyat Malaysia telah memilik Takaful. masih lagi boleh jadi pelanggan korang jika korang boleh jadikan Takaful korang sebagai Takaful kedua @ ketiga kepada mereka.

dengan kata lain, korang tak perlu risau mengenai pasaran Takaful. memang tidak terhad. jika korang jumpa prospek yang sudah ada Takaful @ Insurans, jangan la sedih, sebab masih tinggal 18.85 juta lagi rakyat Malaysia yang masih takde sebarang polisi perlindungan.

SETTING THE TARGET

first, korang kena set target, berapa jumlah minima yang korang nak close setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Set target ialah sebagai satu langkah untuk korang sentiasa bekerja dan tidak putus asa.

Untuk ejen baru, korang boleh set target macam nie.

Set Target Tahun Pertama : minima 100 kes

Minima Kes Setiap Bulan : 8-9 kes sebulan

Minima Kes Setiap Minggu : 2-3 kes seminggu

ler..takkan 2-3 kes seminggu takleh kot? dari 18,850,000 rakyat malaysia, takkan takleh nak sambar 2 ? BOLEH PUNYA!!!



PECAHAN TARGET

dari 100 orang ni, siapa kita nak cari sebenarnya? hehehe..inilah persoalan utama sebenarnya.


UM saya cakap, untuk 100 kes pertama, seboleh-bolehnya carilah kakitangan awam atau dengan nama yang lebih glamor, kes Biro Pemotongan Angkasa (BPA).

saya paling suka kes BPA. kenapa kes BPA?

1) pembayaran BPA adalah terjamin.
2) kekadang tu pelanggan ada masalah pemotongan dengan bank. contohnya bank lambat potong ke, bank potong lebih ke. BPA tidak begitu. jadi peratusan untuk mengalami sebarang komplikasi menghampiri 0%
3) korang tak perlu susah-payah kutip duit setiap bulan. atau korang juga tak perlu susahkan pelanggan korang pegi bayar ke kaunter setiap bulan untuk tempoh 20-30 tahun. sian dia...
4) andaikata dia nak surrender polisi, kita ada masa 3 bulan untuk consult dier balik :), sekurang-kurangnya dia boleh ubah fikiran untuk tidak surrender dan boleh close dia sekali lagik :)
5) Pelanggan korang tak perlu risau tentang polisi lapsed!!
6) Komisyen dan Bonus korang konfirm terjamin.


so, saya biasanya membuat keutamaan begini bila mencari kes:-

1) BPA
2) Autodebit
3) Pemotongan @ Pemindahan Akaun Lain
4) Yearly Case
5) Kad Kredit
6) Cash @ Kutipan Setiap Bulan.

korang ada banyak alternatif pembayaran sumbangan yang boleh korang tawarkan kepada bakal pelanggan korang. sungguh fleksibel dan mudah hueheu

jadi, daripada 100 kes BPA, saya dulu buat pecahan macam nie :

50 : cikgu
50 : pekerja jabatan

untuk 50 kes cikgu :
15 kes cikgu sekolah rendah
35 kes cikgu sekolah menengah

p/s : hehehe..saya biasanya lebihkan target cikgu sekolah menengah sebab pendapatan mereka lebih tinggi daripada cikgu sekolah rendah. tapi ikut kreativiti korang lah camner nak set yer...

Pekerja jabatan pula tiada sebarang pecahan yang spesifik. korang boleh close sebanyak mungkin dari segi Pengarah --> Penolong-Penolong Pengarah --> Pegawai-Pegawai Tabdir --> Pembantu-pembantu Tabdir --> Pembantu Am Rendah --> dan seterusnya.

Rasional 100 kes?

jika korang berjaya dapatkan 100 kes BPA. dengan andaian semua kes minima RM150, komisyen 35%, jadi setiap bulan pendapatan minimum korang ialah RM5,250 sebulan untuk tahun pertama sahaja!!!

jika korang boleh cari lagi 100 kes untuk tahun kedua, korang kira lah sendiri :)

ok, ini untuk Market BPA @ Kakitangan Awam. kita akan bincangkan lagi Market Swasta untuk episod yang akan datang.

SIAPAKAH BAKAL PELANGGAN ANDA SEBENARNYA?


Satu lagi skill yang saya selalu gunakan bila jumpa prospek ialah beritahu sikit tentang keperluan hidup:

1. Aset semasa (tunai)
2. Perlindungan diri dan kesihatan
3. Aset jangka panjang (pelaburan, rumah, etc)

Saya gitau, manusia ni bila dah start kerja, selalunya dia akan pikir nak jadi kaya. Bagus cita2 tu. Tapi masalahnya, ramai yang nak kaya ni cuma fokus dekat aset tunai dan aset jangka panjang je tapi perlindungan diri dia tak hirau langsung.

Bila dah kena penyakit kritikal atau lumpuh, dah jadi adat orang kita baru nak mencari2 perlindungan diri. Tapi masa tu susah nak cari company yang sanggup tolong. Kemungkinan besar xde langsung.

Bila dah jadi mcm tu, mula la cairkan aset semasa dan jual aset jangka panjang semata2 sebab xde perlindungan diri.

Rumah dijual. Tanah digadai. Barang kemas dipajak. Berebut2 nak masuk surat khabar dan bersamamu tv3.

Harta tergadai, maruah pun tercalar. Kesian kat anak2@isteri@suami@parents@atuk nenek terpaksa sama2 menebalkan muka utk merayu nanti.

Kita selalu tanya kenapa ekonomi orang Melayu Islam kat Malaysia tak kukuh sangat berbanding kaum yang lagi satu tu.

Jawapannya: Mereka juga mencari kekayaan. Tapi kelebihan mereka ialah menyedari kepentingan memiliki plan perlindungan diri dan kesihatan.

Since guna skill ni, dalam 3 weeks ni dah close banyak cases dah. Alhamdulillah.

Seelok2nya agents ET belajar sekali tentang ekonomi dan finance. Memang akan sangat2 membantu nanti.


sumber: forum perbincangan agen takaful

Time Zone

Waktu Solat

Metro Online

My Baby

Lilypie Next Birthday PicLilypie Next Birthday Ticker

Its Me

Its Me

About Me

My photo
Berusia 33 tahun,dilahirkan di kuala lipis pahang,anak pertama dari 4 orang adik beradik,anak kepada seorang guru dan pesara kerajaan,telah berkahwin dengan Nurlisa Maisarah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel yang kini berusia 1 tahun 4 bulan bernama Wan Fajrul Iman.Bekerja di sektor kerajaan dan kini menetap di Pantai Dalam kuala Lumpur.